Siaran Langsung EURO 2012 Di TV3, NTV7


Hanya berbaki beberapa hari lagi dunia bakal menyaksikan kejohanan bola sepak paling berprestij untuk tahun ini. Justeru, ramalan yang dibuat juga memaklumkan ramai penonton akan melekat di kaca TV untuk menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2012 (Euro 2012) yang semestinya fenomena di seluruh dunia. Lihat
Jadual Siaran Langsung EURO 2012 Di TV3 

Sehubungan itu, ntv7 akan menyiarkan siaran ulangan perlawanan itu pada setiap hari bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Oleh itu, beberapa waktu siaran rancangan ntv7 akan diubah buat seketika.

Slot siaran perdana seperti IRT Deadliest Roads, Breaking the Magician’s Code, Ghost Adventures Season 4, The V Squad, Bilik 7, Minute to Win It, serta drama bersiri Cina tempatan akan dihentikan sementara bermula Jun untuk memberi laluan kepada siri perlawanan bola ini yang akan berlangsung itu.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar berkata, pihak syarikat tidak sabar untuk menyiarkan siaran langsung dan siaran ulangan perlawanan itu di dua stesen utama iaitu TV3 dan ntv7 bermula 8 Jun ini.

“Kegilaan bola kini semakin hampir dan MPB menerusi TV3 dan ntv7 sudah bersedia untuk berkongsi keseronokan ini bersama rakyat seluruh negara,” katanya.

Pun begitu, apabila tiada perlawanan dijadualkan pada beberapa hari termasuklah pada 21, 26 dan 27 Jun, ntv7 akan menyiarkan beberapa filem Cina terkini seperti Romantic Dream lakonan Lau Ching Wan, Leo Ku, Kingdom Yuen.

Tidak ketinggalan, filem Master Wong Lwn Master Wong lakonan Alan Tam, Teresa Mo dan Eric Tsang. Begitu juga filem Just Follow Law yang dibintangi Fann Wong, Gurmit Singh.

Bagi slot Hong Movie Friday yang bersiaran pada setip Jumaat, jam 10 malam kini diubah siarannya pada Ahad jam 11 malam. Begitu juga dengan slot ‘Sunday Movie’ yang sering menyiarkan filem Inggeris hebat kini akan disiarkan sementara waktu pada Sabtu, jam 11 malam sepanjang kejohanan bola sepak itu berlangsung.

Ini bermakna penonton tetap akan menonton kedua-dua slot menarik itu di sepanjang hujung minggu mereka.

Apapun, Slot LOL (Laugh Out Loud) yang disiarkan setiap Sabtu, jam 10 malam juga terpaksa dihentikan untuk seketika bermula 9 Jun. Sebelum ini, slot
itu diisi dua siri sitkom Hollywood hebat iaitu Two And A Half Men (musim kesembilan) dan How I Met Your Mother (musim enam).

Bukan itu saja, drama bersiri Hartamas musim 2, Incredible Tales musim 4, Exploration: Nature’s Deadliest dan CSI Miami musim 7 juga akan mengalami perubahan siaran.

Sehubungan itu, siaran langsung dan ulangan Euro 2012 di TV3 dan ntv7 merangkumi 16 perlawanan termasuklah upacara pembukaan, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir. TV3 akan menyiarkan semua 16 perlawanan itu secara langsung manakala ntv7 pula akan menyiarkan siaran tertunda dan ulangan setiap hari bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Kepada peminat bola sepak tanah air, semua siaran perlawanan itu secara langsung dan ulangan boleh juga ditonton menerusi www.tonton.com.my. Bagi keterangan lanjut mengenai perlawanan Euro 2012 di ntv7, boleh layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook atau Twitter.


- Siaran Langsung EURO 2012 Di TV3, NTV7
- Jadual Siaran Langsung EURO 2012 Di TV3


ADMIN : : 
Terima kasih di atas kunjungan anda, jika artikel ini bermanfaat sila KONGSIKAN pada yang lain atau berikan KOMEN positif anda di bawah ini serta jangan lupa juga LIKE Facebook, Twitter atau Follower. Terima Kasih J

Artikel Terkait Sukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Jutaan Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Ulasan Tentang Artikel Ini"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...